Bekas pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Muda, Abdul Ghani Haron, 60 menyumbangkan petrol percuma di sebuah stesen minyak Shell Tikam Batu hari ini.
Hampir 1,000 penunggang motosikal berbaris panjang sejak 6.30 pagi lagi.
Abdul Ghani berkata sumbangan petrol percuma itu adalah program sedekah jariah yang dilakukan bersama rakan-rakannya dalam usaha meringakan beban masyarakat katanya kepada Berita Harian.
"Bukan untuk menjadi popular tapi sekadar melakukan sedekah jarian, malah bukan minyak saja yang diberi tapi pelbagai barangan lain kepada mereka yang memerlukan".